garden depan umah huhu

garden depan umah huhu

Jumaat, 1 Januari 2016

kisah mimpi

semalam aku bermimpi,,,,

kisahnya begini.

keadaan masa tu tenang waktu siang hari. posmen datang ke rumahku seperti biasa. menghantar surat. aku pergi mendapatkannya. seusai aku mendapatkannya, lantas aku membelek semua surat yang terdapat di tangan aku. ku lihat adanya terdapat satu surat yang tertulis namaku di atas. lantas ku buka. alangkah gembiranya hatiku mendapat surat yang menawarkan aku belajar di kolej. memang tidak aku sangka. namun nama kolej itu tidaklah aku kenali sangat. namun apa yang aku khuatirkan. sekarang semuanya di hujung jari anda.

aku berlari di hadapan komputer lalu aku menaip nama kolej tersebut. memang tidak ku sangka kolej itu teramatlah besar dan keadaan persekitarannya yang sangat kondusif membuatkan hatiku terus tertarik dengan tawaran itu. aku jitu dengan keputusan untuk memasuki kolej tersebut.

        *****************************************************************

hari yang di nanti telah tiba. aku bersiap segalanya pergi menuju ke kolej tersebut. dengan menaiki bas dan teksi maka sampai lah aku di dengan pintu pagar kolej tersebut. memang seperti yang aku jangkakan. perkarangan kolej tersebut sangatlah cantik. keluasan yang tidak terjangkau dek akalku. memang sangat luas. segenap aku melihat kecantikan kolej tersebut aku sudah pun sampai ke bilik di mana aku akan menginap sepanjang semester ini. memang amat berpuas hati. melompat hatiku keriangan. hatiku membisik andai kolej begini selesa bagaimana pulalah keadaan bilik airnya. lantas aku mendaptkan seliparku terus melangkah ke dalam bilik air yang tidak berapa jauh dari bilik. apa yang aku lihat ialah bilik air yang sangat selesa, bersih seperti yang aku bayangkan. bilik air yang sangat "solid" bagiku. semuanya di perbuat daripada besi, utuh getusku lagi. setiap "partition di dalam bilik air itu juga kulihat memang diperbuat daripada besi. sangat berkilat. di dalam fikiranku aku terfikir betapa kayanya kolej itu sehingga kan setiap perkakas dalam bilik air nya yang terperinci semuanya diperbuat daripada besi termasuklah mangkuk tandasnya. hatiku menyanyi.

aku kembali ke bilik. di bilik aku lihat 2 orang lagi "roommate"ku telahpun tiba. kami berborak-borak sebentar dan kulihat hari sudah pun menjelang senja. aku pergi ke balkoni bilik ku dan ape yang aku lihat adalah lampu LED yang berwarna biru, merah dan putih di setiap sudut penjuru kolej tersebut. lampu yang sgt cantik x dapat aku nak membayangkan bagaimana harus aku paparkan betapa cantiknya pemandangan di waktu itu. ianya memang sangat-sangat bercahaya.

hatiku terpanggil untuk berjalan-jalan di sekitar kolej tersebut untuk melihat sendiri keindahan lampu LED di dalam kolej tersebut.

    ********************************************************************

keesokannya bermulalah hari persekolahan yang mana disitu aku mengenali ramai sahabat sekelas. salah seorangnya adlah kawan yang aku rasa sangat selesa dengannya. nama aku beri Amran. Amran merupakan anak kepada pengerusi kolej tersebut. memang sangat berpengaruh di kolej itu. sepanjang semester tersebut aku sangat senang dengannya. dan hatiku juga berasa suka padanya.

   *********************************************************************

namun tidak lama sebelum semester berakhir. aku dapat lihat bahawa lampu LED yang dahulunya amat menerangi segenap pelusuk kolej kini banyak yang telah terpadam dan menyebabkan keadaan di kolej kian suram. tika itu badan aku kian banyak lesu. namun di fikiranku mungkin hari peperiksaan kian hampir yang membuatkan aku kian kuat menelaah pelajaran.

  **********************************************************************

pada suatu hari, tiba-tiba aku dipanggil oleh pengerusi kolej untuk berjumpa dengan nya. lantas dengan hati yang berdebar aku pergi berjumpa dengan nya.

apa yang aku pelik ialah tempat di  mana bilik nya terletak adalah dibawah tanah. tak pernah pula aku terpikir yang bilik pengerusi akan berada di bawah bangunan. namun apa perlu aku fikirkan semua itu. aku menuruni tangga. di tangga yang terakhir sekali aku berjumpa dengan nya. di situ apa yang aku dapat lihat ialah keadaan yang teramat lah suram. lampu merelip2 seolah2 rosak. dan disitu terdapatnya lif yang tidak aku ketahui menuju ke arah mana. disitu pengerusi yang tak pernah aku lihat wajahnya berada di hadapanku. dengan mata yang sangat tajam melihat ke arahku. hatiku menjadi takut. fikiranku kian bercelaru. buntu pun ada. semuanya bercampur baur. apabila lif di hadapanku terbuka apa yang aku dapat rasakan adalah bulu roma yang kian meremang dan bau busuk menusuk hidung keluar dari lif tersebut.

tidak semena-mena kaki ku melangkah naik semula ke atas tangga dan berlari mahu keluar dari tempat itu. di pertengahan bangunan tersebut aku berlanggar dengan Amran. lantas membuatkan aku rebah. kain ku tika itu terselak sehingga ke peha. namun alangkah terkejutnya aku bukan kepalang. apa yang aku dapat lihat ialah terdapatnya makhluk hodoh menghisap darah di setiap lebam yang berada di kakiku. lantas di situ aku terpana dan terkenangkan kembali dan membuat pertanyaan dan kesimpulanku sendiri.

kenapa dahulunya keadaan di kolej itu terang benderang dengan lampu LED nampak sangat futuristic. kenapa bilik air semuanya diperbuat daripada solid besi? kenapa kolej itu tiada satu pun menggunakan lif tetapi ianya berada di basement kolej tersebut? kenapa semua sahabatku yang dahulunya ramah sekarang menjadi dingin?

dan sekarang kesimpulan yang aku dapat adalah tempat itu merupakan puaka yang tidak dapat aku bayangkan dengan zahir penglihatan. aku melihat Amran tika itu seolah tidak keruan. persis orang gila pun ada. dia cuba untuk memegangku lantas ku tepis tangannya sekuat hati. aku berlari dalam keadaan yang sangat takut. memecut sekuat hati untuk melarikan diri dari semua syaitan durjana. tidak pernah aku bayangkan betapa takut dan ngerinya keadaan masa itu. persekitaran kolej dahulu nya aku takjub kerana keluasan kini memeritkan aku untuk berlari keluar dari situ. aku menangis semahunya.  tiada sesiapa datang membantu. makhluk ngeri itu beramai-ramai keluar mengejarku.

tiba2 aku jatuh terjelepuk di tangkap Amran. aku menangis meminta pertolongan agar ada nya belas kasihan Amran terhadapku. segenap jua aku dapat melihat Amran di dalam dilema mahu melepaskan atau pun tidak. tapi dapat aku rasakan yang dia juga merasa belas kepadaku.

sambil menangis aku bertanya kepada Amran tentang apa yang sebenarnya berlaku di kolej tersebut. Amran yang tidak keruan mencuba juga untuk menerangkan keadaan yang berlaku.

ayah nya merupakan penyembah syaitan yang mana dia perlu menyembahkan seseorang kepada syaitan yang di sembahnya pada setiap penggal. sebagai perjanjian yang ditetapkan syaitan itu akan memberi kekayaan dan umur yang panjang. dia hanya memerlukan gadis sahaja sebagai penyembahan dan apa yang aku tidak tahu setiap semester hanya akan di tawarkan seorang siswi sahaja. namun apa yang aku lihat ramai siswi itu adalah merupakan mereka yang telah menjadi bahan sembahan pada syaitan itu. kesemua mereka kini adalah hanya boneka tanpa roh. menantikan darah untuk hidup. masya allah amat ngeri. aku menangis meminta Amran melepaskan aku. dan apa yang aku lihat Amran seolah kembali kepada "mind state"nya. lantas dia menarik aku menuju ke pintu keluar kolej. sempat jua aku menoleh kebelakang melihat betapa ramainya makhluk ngeri mengejarku. sesampai di pintu gerbang kolej Amran menolak aku keluar dengan kuat dan berkata "pergilah dan jangan sesekali kembali dan berilah peringatan pada yang lain."

disebabkan tolakan yang amat kuat aku tergolek jatuh. dan tidak semena-mena aku berada di jalanan. apa yang aku lihat di hadapanku adalah sebuah rumah tinggal yang teramat buruk. ianya dipenuh dengan semak samun. tuhan sahaja yang tahu betapa hatiku berasa gundah gulana tika itu. berlari dengan keadaan yang celaru tidak tahu arah tuju. aku hanya merasakan kaki yang memijak jalan tar tanpa lampu jalan. berada di dalam hutan memang situasi yang sangat tidak dapat aku jelaskan pengalamannya.

   **************************************************************************

kini!!! di masa kini. aku tidak lagi gentar dengan mereka. aku telah mengkaji segala yang telah berlaku di kolej itu. dan aku mendapat tahu ada seorang lagi gadis yang telah berjaya melepasi tempat itu lantas aku pergi berjumpa dengannya. gadis yang kini adalah merupakan moyang kepada 5 orang cicit. pengalaman yang hampir serupa berjumpa dengan orang yang sama. dan AMRAN. aku terkejut membayangkan berapakah umur Amran tika ini.

semenjak itu, aku mengumpul segala tenaga untuk membanteras segala tawaran kolej berkenaan dengan mengeksploitasi segala jenis bahan mengenai kolej tersebut. dengan harapan tiada lagi mereka yang terjebak seperti aku.

lantas aku tersentak dari tidur. mimpi yang aku rasakan betul. berpeloh aku di buatnya. penat aku dalam tidur.

Ahad, 11 Oktober 2015

High School: Love On

salam semua,,

kali nih saya nak citer pasal citer yang baru je pas tgk....

first time saya marathon citer ni sampai x tido malam,,, ayooo,, sib baik anak2 teman gak x tido same2,,, hahaha

siang semua nye terbongkang same2,, hahaha,,, sib baik ayahnya ok je,, haahaha,,,,

citer dia 2 thumb's up,,, mmg best,,, ble mmsk dlm list la korang,,, mcm terkenang zaman2 ank dara dulu2,,, haha,,, (yela tu),,, best best dan best sgt,,, jgn x tgk k,,, k bye

Jumaat, 9 Oktober 2015

Midnite feast/late night restaurant

salam semua,,,
bertemu lagi,,,

kali nih saya nak citer sket pasal citer yang sedang saya tonton skang,,,
jalan citer sgt simple,,, setiap citer abes dlm 30 min shj,,,
sgt leisure utk di tonton,, berkisah pasal kehidupan seharian setiap org yang dtg ke kedai makan tu,,,
kedai makan yang hanya di buka setiap hari pada pukul 12 tgh mlm sehingga 7 pg,,,
even citer dia agak slow sbb juz citer dlm kedai makan je,,, (bg sy citer dia nih mungkin byk di abeskan dlm studio je),,, tp still bg kt sket kesedaran dlm keadaan dunia semasa yang mana bukan semua org bahagia,,, ada byk lg org yang unfortunate,,, some part citer nih wat kita terfikir sebentar kehidupan kita,,, ada part gembira n ada part yang sedeh,,, and that is life,,,

tapi saya ada terfikir gak la,,, apa kata tv kat malaysia nih wat citer masakan gini,,, berkisarkan makanan kita plak,,, sambil2 duduk2 tgk citer rakyat sambil tgk masakan n tgk org makan,,, nyumm2,,

citer sgt simple,,, leisure,,,

k bye