garden depan umah huhu

garden depan umah huhu

ntah ler x tahu lagi nak letak ape



hari itu masih segar dalam ingatan ku. hari yang telah merubah segala-galanya dalam hidup aku. hari yang mana tidak pernah terlintas langsung di fikiran ini untuk beralih tujuan hidup hingga sebegini. mungkin takdir telah menetukan apa yang tidak dapat aku fikirkan. semua nya semakin jauh dari capaian tanganku ini. semakin aku menoleh kebelakang semakin aku tidak faham kenapa dan bagaimana harus aku terus melalui hidup getir sebegini. ya Allah aku berlindung dari mu dari segala jenis malapetaka. andai ini takdir mu aku redho dan pasrah. maka aku berjuang demi mu Ya Allah kuatkan lah aku untuk menempuh ranjau berduri ini sehingga masa yang kau peruntukkan ini untuk aku memperbetulkan keadaan.

pagi itu seperti hari- hari biasa dalam hidupku. cuaca pagi di subuh hari begitu sejuk, aku bangun mengerjakan solat serta bersiap - siap untuk pergi bekerja di nursery bunga. ya, aku adalah seorang tukang kebun. minat aku dengan kehijauan ciptaan Allah ini terlalu mendalam. di dalam kehijauan ada warna warna yang indah terselit di antaranya. dia menciptakan berbagai jenis kaler malah menciptakan juga pelbagai jenis bentuk bunga itu. kehidupan mereka juga ada yang berdiri ada yang menjalar ada yang memanjat dan ada juga yang menumpang. dalam kepelbagaian ini lah manusia hidup dalam kepelbagaian. terkadang aku pelik adakah manusia sedar akan kewujudan mereka ini.

sewaktu itu, aku melewati jalan- jalan yang biasa aku lalui. mataku terus memandang di kiri dan kanan bahu jalan yang mana disepanjang jalan ada tertanam pelbagai jenis pokok- pokok renek berbunga yang pelbagai. menjadikan hariku terus ceria. adakah manusia itu sedar akan kewujudan pokok-pokok renek itu. terkadang manusia terlalu memandang rendah usaha yang sedemikian. terlalu enteng dan terlalu angkuh untuk mengakui keindahan alam.

sesampai aku di nursery tempat yang selalu aku berada seharian, melihatkan pelbagai jenis pokok yang berada di dalam nya membuatkan aku terpesonadan asyik. bagai kan taman nan indah. bunyi gemersik burung- burung menyanyi di pagi hari bagai kan cuba memberikan aku keriangan dan ketenangan. aku masuk ke pejabat melihatkan kawan-kawan ku yang lain sudah pun memulakan tugas mereka di luar.
"assalamualaikum semua." kataku pagi itu dengan senyuman untuk memberi nafas positif dalam energy seharian.

sampai dimejaku, aku terus membelek nota-nota dan tugasan yang akan aku lakukan hari ini. ya, hari ini aku akan sebuah resort di pinggir sebuah kampung lebih kurang 40km dari nursery tempat aku bekerja. kontrak sudah di tanda tangani menandakan persetujuan untuk pihak resort untuk menggunakan khidmat nersury kami untuk mengindahkan suasana di resort itu. aku menarik nafas yang dalam " akan aku lakukan tugas ini dengan sebaiknya YaAllah" getusku dalam hati.

tugas itu memerlukan aku pergi ke resort untuk melihat sendiri tapak resort itu dan juga membuat plan design untuk tanaman pokok-pokok yang sesuai dengan konsep dan tema taman di resort bagi memberikan ketenangan yang maksimum untuk para pengunjung. aku mengambil fail plan resort dan menyelak helaian demi helaian. helaian terhenti di geran tanah resort.melihat dan mengukur keluasan tanah yang akan lakukan. dan juga budget yang akan di anggarkan. ini hanyalah nilaian aku semata-mata namun aku harus pergi ke resort untuk medapatkan anggaran yang tepat. dalam pada itu aku mencari peta yang disediakan bersama bagi memudahkan perjalanan kami ke resort itu.

setelah melihat dan melihat fail-fail itu aku mengambil beg dan semua fail- fail itu lantas keluar dari pejabat kecilku itu.

"jefri, samsul dan hayati mari ikut saya ke resort." kataku memanggil pekerja- pekerja yang akan ikut serta dalam melihat dan menilai tapak.

melihatkan mereka terkocoh-kocoh datang dengan sarung tangan di tangan masing-masing, aku tahu mereka sedang melihat pokok-pokok di nursery kami untuk penjagaan yang rapi.

" kita nak pergi resort damai ke cik?" kata jefri padaku.

" ha 'ah. jom la ikut saya. ambil semua kelengkapan sekali ye. nanti tengah jalan saya belanja makan kat mana-mana warung. hehe." kataku sambil gelakan kecil.

begitulah kami di situ. kalau tidak ada gelak tawa dari semua orang manakan ada positif energy yang akan menguatkan ikatan persaudaraan sesama kami. persaudaraan itu kan penting dalam satu-satu komuniti. malahan islam juga menyuruh kita bersatu. bak kata pepatah becerai kita roboh bersatu kita teguh.

aku sudah berada di kereta menunggu mereka bertiga membawa segala peralatan untuk pergi ke resort. selesai sudah mereka masuk ke dalam kereta, kami pun terus bergerak menuju perjalanan ke situ yang memakan masa sejam lebih. ini pertama kali aku melakukan kerja membaik pulih taman resort di situ. setahu aku resort itu sudah lama di tubuhkan malah nama nya pun sudah gah di kalangan orang-orang besar. katanya resort itu terletak di dalam hutan dan terletak di atas bukit. dalam fikiran ku memang pelbagai jenis idea yang keluar untuk menghias taman-taman resort tu nanti.

dalam perjalan kami berbual-bual dan begurau senda serta tidak lupa untuk menyuarakan pendapat masing dalam penanaman sesejenis pokok dan bagaimana  teknik penjagaan nya. di dalam hatiku berbunga menantikan bila lah mahu sampai di resort yang sudah terkenal itu. melihatkan sendiri suasana di situ.

###########################################################################

seminggu sudah berlalu selepas kami melihatkan sendiri resort Damai. suasana tempatnya yang dikelilingi pokok-pokok hutan memang indah. jauh dari kesibukan kota yang menyesakkan minda dan fikiran. membuatkan hati kusut dan selalu mengeluarkan energy yang tidak baik. kerja- kerja membaik pulih tidak lah sesukar yang kami bayang kan kerna resort itu sendiri memang sudah cantik dengan keindahan semula jadi. cuma yang perlu kami lakukan adalah menanam pokok- pokok renek di sekitar rumah-rumah resort dan taman-taman primer yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. tidak lupa juga pokok-pokok yang akan kami selitkan di dalam rumah-rumah resort, bilik-bilik, lobby dan tepi- tepi pagar. penambahan pusat tumpuan kejur juga akan kami lakukan seperti memasukkan elemen-elemen berkonsepkan kampung yang mana akan kami letakkan teratak- teratak untuk kegunaan pengunjung duduk bersantai. konsep pelbagai juga kami terapkan dalam resort itu bagi menimbulkan suasana kelainan dan kepelbagaian dalam sentuhan. itu juga suatu seni.

dalam selama seminggu itulah resort itu menjadi rumah kedua ku pula kerana masaku banyak di habiskan di situ. pekerja- pekerja di resort juga sangat baik orang nya. dalam pada aku asyik menanam pokok-pokok tiba-tiba melalui suatu jalan aku mendengarkan perbualan yang sangat serius. tiada gelak tawa seperti yang kami sering lakukan. hanya objektif tugasan sahaja di perkatakan. namun bukan jenis aku untuk mendengar apa yang orang lain perkatakan. namun aku terhenti sebentar melihatkan ada sepohon pokok jenis pagaran yang kian layu di situ. melihatkan pokok itu aku terhenti. belekan demi belekan aku lakukan.

namun secara tiba-tiba ada orang mengetuk kepalaku dan aku tidak sedarkan diri

#############################################################################

Tiada ulasan:

Catat Ulasan