garden depan umah huhu

garden depan umah huhu

ceritaku


BAB1

aku sering memandang dia dari jauh,,, ntah kan kenapa hatiku diruntun terus untuk melihat wajahnya,,, aku tak tahu kenapa jiwaku ini seakan dibuai sesuatu yang tersembunyi di sudut jiwa ini,,, wajah nya yang cukup damai itu sering kali ku tatap secara diam,, dalam pengamatan mataku ini, dia seorang yang pendiam dan kurang bercakap, mahupun tersenyum. apa yang sedang dia fikirkan tika ini,,,

sesuatu yang aku ingin tahu,,, aku suka duduk di sudut-sudut kelas agar pandangan mata ku ini dapat terus menatap wajahnya dari jauh,,, bimbang juga akan terlihat oleh rakan-rakan yang lain,,, kadang aku rasa aku ni semacam je,,, andai ada rakan-rakan ku yang lain tahu mesti haru jadinya,,, menyukai rakan sekelas memang menyusahkan,,, lagikan pula mahu meluahkan apa yang di rasa,,, bagai nak meletop isi hatiku ini,,, kadang2 mata kami bertaut,,, hatiku berdebar tapi seringkali aku berlakon seperti kami hanya sekadar rakan sekelas,,, susahnya utk mengawal kata hati ini,,, terkadang aku hanya tersenyum walaupun melihat blakang badan nya,,, seolah membuatkan aku rasa lega,,, terkadang melihat dia berbual sesama mereka,, membuat aku terpanggil utk mendengarkan perbualan mereka,,,

aku tahu dia jarang membincangkan perkara yang di luar pelajaran yang lebih kepada borak kosong,, sering kali juga aku mencuri dengar perbualan dia,,, entah kan kenapa? angau barangkali,, hehe,,, terkadang aku resah bila dia tiada di dalam kelas,,, sibuk barangkali gerak hatiku berkata,,, hanya Allah yang tahu betapa resah dan gelisah nya hatiku ini kerana dia,,, mungkin dia x mengetahui nya,,, kadang namanya jua sering timbul dalam doaku,,, berharap agar aku menjadi milik nya,,, mimpi malam ku sering dihiasi wajahnya,,, membuat kan aku bangun dengan senyuman dan hati yang terhibur,,, senyuman terus melingkari wajah ku kerana dia,,, kerana dia aku bangun dan terus berusaha utk berjaya,,, dan dalam diam aku mengikuti setiap gerak langkah nya,,, hehe kurang pasti apa yang aku lakukan ini betul atau pun tidak,,, aku terus merinduinya,,,

*******************************************************************************

"jamilah!!!"
" kau buat apa kat sini ha?" tegur kawanku wani.

"erm,,," aku terkedu,, takkan aku nak beritahu dia aku ni tengah stalker lokman.
"weh jom pergi makan nak? aku lapar la wei." kata wani lagi.

aku melihat jam di tangan baru pukul 10 pagi. Dia masih belum berganjak dari kerusinya di perpustakaan. aku masih menunggu dia keluar dari situ. sedangkan aku duduk di kerusi luar perpustakaan.

"jomlah Jamilah. kita pergi makan. jom lah jom lah jom lah" sambung wani lagi.

haaaa,,,, aku mengeluh,,, mengaku kalah dengan permintaan wani. aku simpan semua buku yang sama seperti yang dia baca ke dalam beg dan dengan berat hati pergi ke kantin meninggalkan dia keseorangan di perpustakaan,,, walaupun dia tak pernah tahu aku selalu menemani dia dari jauh,,,

*******************************************************************************

biasanya di awal semester aku akan jadi sangat sibuk.. kerana tugasku sebagai penolong presiden kelab taekwondo universiti dan juga terlibat dalam event yang di anjurkan kelas utk junior yang baru masuk,,, sedikit sebanyak tugas yang ku pikul ini boleh juga mengurangkan aktiviti kurang sihat aku yang satu tu,,, hehe,,, tapi di sebalik itu akan aku luang kan sedikit masa utk melihat dia dari kejauhan,,, namanya jua tetap aku titip kan di setiap doaku selepas solat,,, aku tak tahu apa yang membuat kan aku begitu menyukai nya,,, sehinggakan setiap kali namanya diluahkan dibibirku ini dan tiap kali itu jualah air mataku mengalir meminta dan merintih "Ya Allah betapa aku menyukai dia,,,,"

pagi itu aku melangkahkan kaki terus menuju ke perpustakaan,,,

" akak,,." tiba-tiba seorang junior lelaki datang menegurku dan memberi sekeping nota kecil berwarna biru. tanpa sempat aku berterima kasih junior itu lari daripadaku. aneh betul budak ni,,, getus hatiku..

aku simpan nota itu kedalam beg dan meneruskan perjalanan kaki ku berjumpa pensyarah aka pengurus kelab kami. biasanya perjumpaan kami selalu kami adakan di depan perpustakaan yang mana terdapat tempat berdiskusi di laman nya,,, selain dari dia,, aku cukup menyintai sukan taekwondo ini,,, seolah ada sesuatu dalam sukan ini yang memenuhi keperluanku,,, aku sanggup buat apa sahaja bagi menjayakan sukan ini,,, diskusi kami pagi itu bersama dengan pengerusi, pengurus, setiausaha, bendahari dan ajk kelab yang lain nya,,,  perbincangan kami kali ini tentang invitation menyertai kejohanan taekwondo secara terbuka di UPSI,, kenyataan nya aku memang selalu menunggu pelawaan sebegini,, bukan aku sahaja tapi semua ahli kelab menunggu kejohanan sebegini,,, banyak yang kami bincangkan,,, dari latihan yang akan di jalankan terus kepada penginapan kami semua, terus kepada makanan, pengangkutan, belanjawan dan menyiapkan kertas kerja untuk di berikan kepada Hal Ehwal Pelajar untuk di revise semula,,

"ko tengok apa tu jamilah?" tersentak sekejap aku dari lamunan,,,
"aku termenung jap. salahker? hehe,," kataku berseloroh kepada temanku setiausaha kelab taekwondo kami Farah. walaupun kami berbeza kursus tapi kami sangat rapat. bagi aku dia gadis kecil molek dan comel. walaupun nampak muka sombong tapi hakikat nya aku tahu dia menghormati aku dan sangat baik terhadapku,,
"tak salah pun ko nak termenung. tapi kitorang da siap. nak blah dah la. nak pergi kelas kitorang plak." kata nya lagi. manakala pengurus kami telah lama meninggalkan kami.
"em oklah korang pergi lah dulu. aku takde kelas jap lagi. pukul 4 baru ada."
"ok. kitorang blah dululah ek. bye"
"ok bye. jumpa latihan malam kang k"
"ok"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan