assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaaaaaaaaaaanya,,, hehe,,, nak cerita sket la kali nih,,, kami sekeluarga mendapat jemputan dari Encik kontraktor yang buat rumah kami nih utk pergi jamuan amal bersama Ustaz Azhar Idrus bersama artis jemputan yang lain Abby Abadi, Farah Asyikin dan juga Bob lokman,,, terima kaseh sgt encik kontraktor sebab invite kami ke majlis tu,,, kami sgt2 berbesar hati,,,, majlis berlangsung di pusat perubatan darul syifa' terengganu,,, of coz la malam kan da kate dinner,,, hahaha,,
btw gambar kat bawah nih sebenarnya di ambil masa ketibaan artis2 jemputan ke dalam dewan la kan,,, so amek gambar la dulu kan,, hehe
ni gambar suasana kat atas stage sebelum bicara dimulakan pada pukul 9 malam,,, tp sebenarnya bermula pada pukul 9.30 malam disebabkan Ustaz ada ceramah di tempat lain dulu,,, xpelah yang penting perut kitorang da kenyang da,,,, sbb makanan disediakan terus secara buffet la,,, boleh makan je,,, x yah yunggu tetamu dtg dl,,, btw nak ceritakan tempat duduk kami telah pun direserve kan oleh penganjur disebabkan mak kontraktor tu adalah org yang disegani di sini,,, x mo statekan sape la kan,,,
so sementara nak tunggu Ustaz Azhar sampai,, majlis pun bermula dengan Abby dan juga Farah membuat speech mereka dengan memperkenalkan diri dan bagaimana mereke berdua berhijrah dan mahu berhijrah dari sesuatu yang kurang baik kepada benda yang boleh membawa kebaikan,,, so far semua nya baik2 blake,,,
masa diorang berdua ni tengah ber "speech" kat atas stage,, tetibe dewan jadi gamat abes,,, semua org bangun dan mengerumuni seseorang,,, senyap jap la "speech" diorg nih tadi dek sbb kehadiran Ustaz Azhar,,, saya macam terkedu jap kan,,, ramai nye orang yang menghormati Ustaz Azhar sehingga kan x de org yang mahu terlepas bersalam dan berpelukan dengan beliau,,, tapi sampai2 ustaz x naik terus stage,, dia duduk kat kusi sama macam kitorang dan suruh majlis bersambung kembali,,, so speech diorang tadi pun start balik dengan Abby dan Farah jadi kelam kabut nak menghabiskan speech diorg,,,
seketika kemudian setelah berakhirnya "speech" Abby dan Farah,, maka naik lah ustaz azhar dengan bob lokman,,, start je ceramah,, masya allah suasana jd lain sgt,,, gelak tu gelak juger kan,,, tp ilmu yang disampaikan tu amat2 berguna,,,
pada pukul 12 tgh malam baru la majlis nih melabuhkan tirainya,,,, alhamdulillah memang the best,, saya terpesona jap,,, begini rupanya ceramah ustaz azhar secara live,,,
tengok lah hubby sayer tu x sabar nak bergambar dengan ustaz,,, tapi mmg ramai sgt org nak bergambar dengan dia,,,, kitorang jadi org yang last dlm dewan tu,,, nak amek gambar nye pasal la kan,, kenangan orang kate kan,,,, inilah saje proof yang ada membuktikan sy berada di tempat kejadian,, hehe,,,,
oklah korang semua,,, sekian terima kaseh,,, ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan