garden depan umah huhu
Sabtu, 19 Januari 2013
ntah ler x tahu lagi nak letak ape
hari itu masih segar dalam ingatan ku. hari yang telah merubah segala-galanya dalam hidup aku. hari yang mana tidak pernah terlintas langsung di fikiran ini untuk beralih tujuan hidup hingga sebegini. mungkin takdir telah menetukan apa yang tidak dapat aku fikirkan. semua nya semakin jauh dari capaian tanganku ini. semakin aku menoleh kebelakang semakin aku tidak faham kenapa dan bagaimana harus aku terus melalui hidup getir sebegini. ya Allah aku berlindung dari mu dari segala jenis malapetaka. andai ini takdir mu aku redho dan pasrah. maka aku berjuang demi mu Ya Allah kuatkan lah aku untuk menempuh ranjau berduri ini sehingga masa yang kau peruntukkan ini untuk aku memperbetulkan keadaan.
pagi itu seperti hari- hari biasa dalam hidupku. cuaca pagi di subuh hari begitu sejuk, aku bangun mengerjakan solat serta bersiap - siap untuk pergi bekerja di nursery bunga. ya, aku adalah seorang tukang kebun. minat aku dengan kehijauan ciptaan Allah ini terlalu mendalam. di dalam kehijauan ada warna warna yang indah terselit di antaranya. dia menciptakan berbagai jenis kaler malah menciptakan juga pelbagai jenis bentuk bunga itu. kehidupan mereka juga ada yang berdiri ada yang menjalar ada yang memanjat dan ada juga yang menumpang. dalam kepelbagaian ini lah manusia hidup dalam kepelbagaian. terkadang aku pelik adakah manusia sedar akan kewujudan mereka ini.
sewaktu itu, aku melewati jalan- jalan yang biasa aku lalui. mataku terus memandang di kiri dan kanan bahu jalan yang mana disepanjang jalan ada tertanam pelbagai jenis pokok- pokok renek berbunga yang pelbagai. menjadikan hariku terus ceria. adakah manusia itu sedar akan kewujudan pokok-pokok renek itu. terkadang manusia terlalu memandang rendah usaha yang sedemikian. terlalu enteng dan terlalu angkuh untuk mengakui keindahan alam.
sesampai aku di nursery tempat yang selalu aku berada seharian, melihatkan pelbagai jenis pokok yang berada di dalam nya membuatkan aku terpesonadan asyik. bagai kan taman nan indah. bunyi gemersik burung- burung menyanyi di pagi hari bagai kan cuba memberikan aku keriangan dan ketenangan. aku masuk ke pejabat melihatkan kawan-kawan ku yang lain sudah pun memulakan tugas mereka di luar.
"assalamualaikum semua." kataku pagi itu dengan senyuman untuk memberi nafas positif dalam energy seharian.
sampai dimejaku, aku terus membelek nota-nota dan tugasan yang akan aku lakukan hari ini. ya, hari ini aku akan sebuah resort di pinggir sebuah kampung lebih kurang 40km dari nursery tempat aku bekerja. kontrak sudah di tanda tangani menandakan persetujuan untuk pihak resort untuk menggunakan khidmat nersury kami untuk mengindahkan suasana di resort itu. aku menarik nafas yang dalam " akan aku lakukan tugas ini dengan sebaiknya YaAllah" getusku dalam hati.
tugas itu memerlukan aku pergi ke resort untuk melihat sendiri tapak resort itu dan juga membuat plan design untuk tanaman pokok-pokok yang sesuai dengan konsep dan tema taman di resort bagi memberikan ketenangan yang maksimum untuk para pengunjung. aku mengambil fail plan resort dan menyelak helaian demi helaian. helaian terhenti di geran tanah resort.melihat dan mengukur keluasan tanah yang akan lakukan. dan juga budget yang akan di anggarkan. ini hanyalah nilaian aku semata-mata namun aku harus pergi ke resort untuk medapatkan anggaran yang tepat. dalam pada itu aku mencari peta yang disediakan bersama bagi memudahkan perjalanan kami ke resort itu.
setelah melihat dan melihat fail-fail itu aku mengambil beg dan semua fail- fail itu lantas keluar dari pejabat kecilku itu.
"jefri, samsul dan hayati mari ikut saya ke resort." kataku memanggil pekerja- pekerja yang akan ikut serta dalam melihat dan menilai tapak.
melihatkan mereka terkocoh-kocoh datang dengan sarung tangan di tangan masing-masing, aku tahu mereka sedang melihat pokok-pokok di nursery kami untuk penjagaan yang rapi.
" kita nak pergi resort damai ke cik?" kata jefri padaku.
" ha 'ah. jom la ikut saya. ambil semua kelengkapan sekali ye. nanti tengah jalan saya belanja makan kat mana-mana warung. hehe." kataku sambil gelakan kecil.
begitulah kami di situ. kalau tidak ada gelak tawa dari semua orang manakan ada positif energy yang akan menguatkan ikatan persaudaraan sesama kami. persaudaraan itu kan penting dalam satu-satu komuniti. malahan islam juga menyuruh kita bersatu. bak kata pepatah becerai kita roboh bersatu kita teguh.
aku sudah berada di kereta menunggu mereka bertiga membawa segala peralatan untuk pergi ke resort. selesai sudah mereka masuk ke dalam kereta, kami pun terus bergerak menuju perjalanan ke situ yang memakan masa sejam lebih. ini pertama kali aku melakukan kerja membaik pulih taman resort di situ. setahu aku resort itu sudah lama di tubuhkan malah nama nya pun sudah gah di kalangan orang-orang besar. katanya resort itu terletak di dalam hutan dan terletak di atas bukit. dalam fikiran ku memang pelbagai jenis idea yang keluar untuk menghias taman-taman resort tu nanti.
dalam perjalan kami berbual-bual dan begurau senda serta tidak lupa untuk menyuarakan pendapat masing dalam penanaman sesejenis pokok dan bagaimana teknik penjagaan nya. di dalam hatiku berbunga menantikan bila lah mahu sampai di resort yang sudah terkenal itu. melihatkan sendiri suasana di situ.
###########################################################################
seminggu sudah berlalu selepas kami melihatkan sendiri resort Damai. suasana tempatnya yang dikelilingi pokok-pokok hutan memang indah. jauh dari kesibukan kota yang menyesakkan minda dan fikiran. membuatkan hati kusut dan selalu mengeluarkan energy yang tidak baik. kerja- kerja membaik pulih tidak lah sesukar yang kami bayang kan kerna resort itu sendiri memang sudah cantik dengan keindahan semula jadi. cuma yang perlu kami lakukan adalah menanam pokok- pokok renek di sekitar rumah-rumah resort dan taman-taman primer yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. tidak lupa juga pokok-pokok yang akan kami selitkan di dalam rumah-rumah resort, bilik-bilik, lobby dan tepi- tepi pagar. penambahan pusat tumpuan kejur juga akan kami lakukan seperti memasukkan elemen-elemen berkonsepkan kampung yang mana akan kami letakkan teratak- teratak untuk kegunaan pengunjung duduk bersantai. konsep pelbagai juga kami terapkan dalam resort itu bagi menimbulkan suasana kelainan dan kepelbagaian dalam sentuhan. itu juga suatu seni.
dalam selama seminggu itulah resort itu menjadi rumah kedua ku pula kerana masaku banyak di habiskan di situ. pekerja- pekerja di resort juga sangat baik orang nya. dalam pada aku asyik menanam pokok-pokok tiba-tiba melalui suatu jalan aku mendengarkan perbualan yang sangat serius. tiada gelak tawa seperti yang kami sering lakukan. hanya objektif tugasan sahaja di perkatakan. namun bukan jenis aku untuk mendengar apa yang orang lain perkatakan. namun aku terhenti sebentar melihatkan ada sepohon pokok jenis pagaran yang kian layu di situ. melihatkan pokok itu aku terhenti. belekan demi belekan aku lakukan.
namun secara tiba-tiba ada orang mengetuk kepalaku dan aku tidak sedarkan diri
####################################################################
"jaga dia elok-elok. jangan bagi dia terlepas. kita tak tahu dia nih datang dari mana." kata seorang lelaki tiba- tiba singgah dlm telingaku ini. siapa agak nya dia. badan aku tak boleh bergerak. aku tak tahu apa masalah nya. mataku ini dirasakan sangat berat untuk ku buka. imej yang kelihatan hanya samar-samar. dan aku di dalam kegelapan kembali.
##################################################################
" ada nampak bos tak kat mana?" tanya samsul.
hayati dan jefri mengelengkan kepala tanda tak nampak. hari sudah kian petang.
"tengah hari tadi ada nampak dia kat taman tepi chalet mawar no 10. tanam pokok kat situ. tapi lepas tu tak tahu la plak dia pergi mana." kata hayati.
" da petang da nih. kita nak kena balik nursery dulu nih. kang lambat plak sampai." kata samsul lagi.
"em dah tu kena la cari dia dulu. dia tak perasan kot hari dah petang." kata jefri.
"takkan la tak perasan hari da petang." kata samsul.
"tak pelah yang penting kita cari je dia dulu." kata jefri lagi.
mereka berpecah mencari qurratul aini di sekitar resort Damai itu. hati mereka sudah semakin gelisah dan gusar bila hari yang petang sudah bertukat maghrib. samsul yang makin panik segera ke kaunter memberitahu tentang kehilangan majikannya itu. ditelefon pun tidak di jawab langsung malahan di matikan pula selepas itu. dalam pada itu maghrib sudah bertukar isya' majikannya masih tidak juga kelihatan. isya' bertukar subuh lantas gerakan mencari sudah melibatkan polis pula. makin ramai orang di resort mencari Qurratul aini.
hutan juga mereka redah jikalau ada tanda-tanda yang menunjukkan di mana Qurrattul aini ada. namun hampa.
sementara itu..............................
"aku ada di mana sekarang ni?" kataku selepas mata yang ku buka melihat tempat ku berada di tempat yang aku sendiri tak tahu di mana. aku berada di atas katil di satu bilik kecil. entah kan di mana. tangan dan kakiku di ikat kemas. aku tak boleh bergerak.
"ada orang tak?" jeritku dalam bilik kecil itu.
"ada orang tak kat sini?" jeritku lagi lantas aku menangis. entah tak tahu apa yang ku rasakan tika ini. semuanya ada. takut, sedih pelik dan sedang mengingatkan kembali kejadian yang terjadi tika aku diketuk secara tiba-tiba dari belakang. semua nya buntu.
"apa yang korang nak dari aku ni?" jeritku lagi.
namun hampa tiada jawapan yang ku minta di jawab. lantas aku senyap kembali. tak tahu apa yang patut ku lahu kan tika ini. lantas hatiku berdoa "ya Allah bantulah hambamu yang lemah tak berdaya ini dari musibah yang aku tak tahu datang dari mana." dalam pada itu aku terus berzikir dalam tangisan. berzikir agar diberikan kekuatan dalaman yang dapat menenangkan jiwa yang tak keruan ini. terkadang aku terfikirkan yang nyawaku ini akan di ambil tuhan. dan tika itu juga aku bersedih kerana kurangnya amalanku semasa hidup. tapi andai itu ketentuan dari ilahi akan ku cuba mempersiapkan diri untuk menerima saat paling menakutkan itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan