garden depan umah huhu

garden depan umah huhu

Rabu, 25 Mei 2011

Penyusuan Ibu… sesuatu yang perlu dipelajari

Ramai menganggap (termasuk saya sendiri pada mulanya) bahawa penyusuan ibu adalah suatu fenomena biologi yang akan berlaku secara semula jadi apabila seorang ibu melahirkan anak. Justeru apabila menghadapi masalah atau keadaan seperti kuantiti air susu ibu semakin berkurang, kita juga menganggap ia adalah perkara biasa saja… tidak dapat dielak dan tidak dapat diperbaiki.
Namun begitu, penyusuan ibu adalah sesuatu yang perlu dipelajari dan diberi perhatian penuh sekiranya kita berazam untuk melengkapkan penyusuan ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun atau lebih. Semasa ibu-ibu sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi, ramai terlupa atau tidak mengendahkan untuk menambah pengetahuan tentang penyusuan ibu sebaliknya sibuk dengan persiapan-persiapan fizikal seperti baju bayi, katil, mainan, alatan mandian dan lain-lain. Perkara-perkara tersebut memang perlu diberi perhatian kerana kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Namun ada satu yang TERBAIK yang kita lupakan iaitu SUSU IBU. Siapa berani menyangkal yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi???  Jadi berikan yang terbaik untuk bayi kita iaitu SUSU IBU. Sesungguhnya tiada susu di dunia yang mampu menandingi kehebatan susu ibu, malah pengeluar-pengeluar susu formula di dunia masih terus berusaha untuk menghasilkan susu formula yang “menyamai” khasiat susu ibu. Tetapi saya amat percaya yang original itulah yang terbaik dan tiada tandingannya!

Masalah dalam menjayakan Penyusuan Ibu

Seringkali ibu-ibu baru yang bercadang untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu secara eksklusif akan menghadapi kekangan dan cabaran seperti berikut:
  1. Kita hidup di dalam masyarakat yang menganggap penyusuan susu formula adalah lumrah (perkara biasa) untuk bayi.
  2. Masyarakat sedar penyusuan ibu adalah baik untuk bayi dan ibu tetapi susu formula masih dilihat pilihan yang baik, tambahan pula dalam keadaan penyusuan ibu tidak begitu berjaya.
  3. Ibu-ibu baru tidak mendapat sokongan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang menyokong penyusuan ibu atau yang berjaya dalam penyusuan ibu untuk berkongsi pendapat, pengetahuan dan pengalaman.
  4. Profesional kesihatan seperti doktor dan jururawat menerima penyusuan susu formula adalah penyelesaian kepada masalah penyusuan ibu tanpa memberi nasihat /cadangan bagaimana mengatasi masalah penyusuan ibu yang dialami.
  5. Agensi kerajaan tidak memahami kepentingan penyusuan ibu dan mengapa kerajaan harus memperbanyakkan usaha mempromosikan penyusuan ibu.
  6. Media massa memperoleh pendapatan lumayan daripada pengiklanan susu formula tanpa menghiraukan kesan buruk pengaruhnya kepada masyarakat umum.
  7. Syarikat susu formula membelanjakan wang yang banyak untuk promosi yang ada ketikanya melanggar etika yang digariskan dalam kod etika WHO berkaitan promosi dan pemasaran susu formula.
  8. Pandangan umum mengatakan ibu-ibu tidak perlu merasa “bersalah” sekiranya tidak menyusukan anak mereka dengan susu ibu. 
Pendapat umum #1: Kita selalu menganggap jika penyusuan ibu tidak berjaya, penyusuan susu formula adalah pilihan kedua terbaik untuk menyusukan bayi.
Hakikatnya: WHO telah menggariskan secara jelas bahawa susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Pilihan kedua ialah penyusuan susu ibu yang diperah. Jika gagal juga maka pilihan ketiga ialah susu ibu daripada ibu susuan. Jika tidak dapat diperolehi maka barulah susu formula boleh diberikan kepada bayi (pilihan keempat!)
Pendapat umum #2: Profesional perubatan seperti doktor dan jururawat tahu banyak perkara berkaitan penyusuan ibu (atau penyusuan yang sesuai untuk ibu berikan kepada bayinya).
Hakikatnya: Memang semua profesional perubatan menyokong penyusuan ibu kerana agak sukar menafikan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Tambahan pula hampir semua hospital telah menggariskan polisi penyusuan ibu di hospital masing-masing. Namun ramai profesional perubatan tidak dapat membantu ibu sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah berkaitan penyusuan ibu. Ketidakupayaan ini mungkin berpunca daripada pengalamannya sendiri. Pasti sukar memberi nasihat atau galakan kepada ibu-ibu untuk menyusukan bayinya dengan susu ibu sedangkan diri sendiri gagal memberikan susu ibu kepada anaknya. Malah ramai doktor mengakui penyusuan ibu tidak ada di dalam sukatan pelajaran ketika di universiti.
Kenalpasti antara tanda-tanda atau petunjuk seseorang profesional perubatan (doktor/jururawat) menyokong penyusuan ibu:

  • Tidak mempamerkan bahan cetak atau logo mana-mana syarikat pengeluar susu formula di kliniknya termasuk carta pertumbuhan kanak-kanak.
  • Poster, brosur dan maklumat penyusuan ibu dipamerkan di klinik.
  • Menyenaraikan kumpulan sokongan yang boleh dirujuk oleh ibu-ibu sekiranya menghadapi masalah penyusuan ibu.
  • Tidak menyebarkan brosur atau risalah (walaupun berkaitan penyusuan ibu) daripada syarikat pengeluar susu formula.
  • Tidak memberikan “gift pack” berupa sampel susu formula.
  • Sebelum bersalin, ibu-ibu diberi nasihat dan panduan berkaitan penyusuan ibu dan kepentingan penyusuan ibu pada 1 jam pertama selepas kelahiran.
  •  Kod Antarabangsa Pemasaran Susu Formula (1981).
  • Syarikat pengeluar susu formula tidak boleh memasarkan secara terus sebarang produk (susu formula, botol atau puting tiruan, dan makanan tambahan) kepada pengguna. Wakil syarikat pengeluar tidak dibenarkan mempromosikan produk mereka kepada wanita hamil, ibu-ibu baru atau ahli keluarga mereka terutamanya di wad bersalin, klinik atau hospital.
  • Syarikat pengeluar susu formula tidak dibenarkan memberikan sampel percuma atau potongan harga istimewa kepada wanita hamil, ibu-ibu baru atau ahli keluarga mereka.
  • Informasi saintifik berkaitan susu formula hanya boleh diberikan kepada profesional perubatan.
  • Informasi berkaitan penyusuan untuk bayi hanya boleh diberikan oleh kerajaan bukannya oleh syarikat pengeluar susu formula.
  • Semua sumbangan derma atau peralatan perubatan daripada syarikat pengeluar susu formula kepada pihak tertentu (klinik / hospital) perlu diumumkan secara terbuka dan tiada keistimewaan boleh diberikan kepada syarikat tersebut kerana sumbangannya itu.

Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

  • Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
  • Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.


2. Diabetes.


Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.

  • Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
  • Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.
5. Jangkitan telinga.

  • Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan  boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.


6. Kanser.
Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.

  • Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
  • Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
8. Keberkesanan vaksin.

  • Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
  • Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
  • (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)


9. Perkembangan rahang dan otot muka.

  • Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
  • Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
  • Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.
10. Obesiti
  • Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

penyimpanan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  • Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  • Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  • Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  • Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi

  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.
sumber:mybengkung.com

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
sumber:mybengkung.com

Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi

Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi

  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
sumber: mybengkung.com

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
susu ibu mengandungi cukup air...... tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan....... bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier. 
susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam....... makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik. ....teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun.....

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan

  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
sumber: mybengkung.com

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
sumber:www.mybengkung.com

Bagaimana nak pastikan mengandung?

Selain daripada pemeriksaan di mana-mana hospital atau klinik swasta, anda juga boleh melakukan pemeriksaan kehamilan anda di rumah.
Pemeriksaan kehamilan tersebut ialah Uurine Pregnancy Test atau UPT iaitu menggunakan air kencing.
Kaedah ini paling popular kerana ia:
  • mudah dilakukan
  • mudah didapati
  • murah (dari RM 5.00 ke atas sahaja)
  • ada 'privacy'
  • keputusan segera
Perkara-perkara yang perlu disediakan:
Alat untuk menguji air kencing ini terdiri daripada beberapa jenis di pasaran dengan harga serendah RM 5.00 untuk setiap unit.

Setiap alat ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Ada 3 jenis utama : Sehelai kertas yang anda celupkan di dalam air kencing yang telah ditakung.

Alat yang memerlukan anda menitis beberapa titisan air kencing ke atasnya

Alat yang tidak perlukan anda menakung air kencing, sebaliknya hanya mengenakan bahagian tertentu alat tersebut pada air kencing semasa anda membuang air kecil.

Air kencing. Penggunaan air kencing yang pertama pada pagi hari adalah yang terbaik kerana kandungan hormon yang paling tinggi dalam air kencing pada masa tersebut.



sumber:www.mengandung.com

Tanda-tanda kehamilan

Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira.
Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami masalah loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan.
Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon ini, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit.
Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Namun muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja.
Pada kebiasaannya ia akan reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya. Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya.
Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.
Terdapat juga simptom-simptom lain:
keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung terasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumahtangga sendiri tanpa bantuan suami atau pembantu rumah. ( Anda boleh mendapatkan STAMINEX - untuk memberikan tenaga sepanjang hari walaupun anda dalam keadaan sibuk)


sumber: www.mengandung.com

Merancang untuk mengandung?

Keputusan untuk mengandung adalah suatu keputusan yang penting dan memerlukan perancangan yang rapi. Sesetengah daripada wanita hari ini selalu menganggap ianya mudah dan lebih bersikap berharap dan berserah.
Wanita perlu tahu masa serta keadaan yang sesuai untuk dia hamil agar - dirinya mampu menghadapi sebarang tekanan atau perubahan dari segi mental, fizikal malahan ia juga memerlukan kewangan yang cukup.


Secara normalnya tempoh kesuburan kita akan berlangsung sehingga kita berumur 48 tahun iaitu apabila putus haid. Oleh itu wanita hanya boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun (dari 12- 48 tahun sahaja).
Malah wanita perlu tahu yang terdapat beberapa risiko lain yang akan berlaku sekiranya anda hamil pada usia yang agak lanjut untuk hamil iaitu antara 35-48 tahun.


Selain itu, untuk hamil wanita mestilah subur dan berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya (ovulating). Benih wanita hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Ini kerana waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau ' fertile period '. Untuk itu persetubuhan dengan suami perlu dilakukan pada waktu subur bagi menjayakan kehamilan atau menjauhkan diri waktu ini untuk mengelak kehamilan.

Jadi setiap pasangan suami isteri perlulah merancang bilakah masa terbaik untuk hamil.


sumber:www.mengandung.com

membersihkan mata, hidung dan telinga bayi

toloooooooong

semasa kita dalam pantang,,,, byk benda yang perlu kita jaga,,,,, makanan la,,,, badan la,,, ubat la,,,, jamu la,,,,, stokin lagi,,,,, baby lagi,,,,, aduuuuuuiiiii..... memang penat,,,,,, di waktu ini kita amat2 sgt memerlukan pembantu yang sentiasa ada membantu kita membuat kerja,,,,, tak kira la pembantu rumah ke,,,, mak kita ker ayah kita ke mertua ke,,,,,, adik beradik kita ke ataupun siape je la,,,, menjaga bayi memang bukan satu kerja yang mudah,,,,, manakan tidak nyer malam tak cukup tido dek kerana si kecil merengek minta susu la tukar kan lampin la ataupun dia mahukan perhatian dari kita,,,,, bukan itu sajer,,,, ingat boleh la top up tido waktu siang pula,,,, tapi lain pula jd nyer,,,, siang kita perlu masak, basuh baju, jemur baju, kemas umah lg, kemas dpr lg , mcm2 la nk wat,,,,, makan lagi nk buang air lg,,,,, baru je nk rehat atau terlelap si kecil pun merengek,,,, hmmmmm mmg penat,,,,, badan kita belum lg pulih sepenuhnya da mcm2 kerja nak wat,,,,, kdg tu kalo si kecil ni asek merengek je memang tak dapat ke mana la kita di buatnya,,,,, takde org nk masak mmg tak mkn ler jwbnye,,,,, hehe,,,, mkn je la biskut kering,,,, tu pun kalo ada,,,, tak pun buat la air buat alas perut sementara nk tunggu laki balik bwk mknn,,,,, pergh waktu ni la nk diet kurus bdn,,,,, lapaaaaaarrrrrnyeeeee la,,,,,, baru la sayer tahu rupernye mcm ni la keadaannya bila da da ank satu,,,, tu baru satu,,,, huhu,,,, mahu tercabut kaen di buat nye,,,, ahahahaha,,,,
ada jiran sayer,,,, lagi la,,,, anak dia tak mahu langsung berenggang dengan dia,,,, sampai nak masuk toilet pun  ank dia nangis bagai di rasok,,,,, ish2,,,, penyudahnyer bawak la baby tu msk skali dlm toilet,,,, hahahaha,,,, tragis tul,,,, tp ape ble kita wat,,,, dulu penah gak sayer dengar,,,,, orang kata "tinggalkan je ank tu,,,, gi tolong orang msk kat dpr",,,,,, masa tu pun sayer mengiakan kata2 tu,,,, asek duduk ngan anak je,,,, tapi bila da terkena batang idung sndiri,,,,, baru la saya faham,,,,  so to you future mommy out there cautious,,,,, huhu,,,, sabar itu penting jgn marah2 :)

PELAMIN

ni adalah contoh yang menarik untuk ditatap,,,, nak lagi byk google la,,,, ada lg byk idea








pulau kapas

 pulau kapas terletak di terengganu,,,, jeti nya terletak di Marang, Terengganu,,, apa sebenarnya yang sayer nak citer ni???? em pulau kapas ni cantek la tempat dia,,,, pantai dia jernih giler and bersih daripada pemandangan yang tak best,,,, tempat ni memang ramai pengunjung mat saleh,,,, memang best la nak cuci mata and kalo brani gi la tegur diorang,,,, diorang ni memang nice giler,,,,  em kat Pulau Kapas ni sesuai untuk orang2 yang mcm sayer,,,, suka main air,,,, aktiviti yang best ialah mandi kuaklentang kat persisiran pantai,,, hahahaha,,,, sayer tak reti berenang,,,, em mcm2 sbnrnya yang korang boleh buat,,,, snorkling, scuba diving, tgk turtle, berenang, kayak, mengelilingi pulau ngan speed boat,,,, tu pun kalo brani la kan,,,, hahaha,,, sbb sayer takot,,, ada satu port kat pulau tu ada shark,,,, tapi overall memang the best gitu,,, tapi tak tahannya duit la kan,,,, kalo korang nak makan kat sini makanan dia memang mahal,,,, hahahaha,,, slain tu, best gak kalo dpt jln2 mengelilingi pulau ngan hanya berjalan kaki,,, huhu,,, masyuuuuukkkk gitu,,,, macam jungle tracking,,, tapi jgn risau jalannya sudah pun disediakan,,,, excersice kurus bdn,,,, sayer aritu memang mencungap la,,, tapi memang terbaek pemandangan nye,,,, pada sape2 yang kaki pancing pun boleh la try memancing kat sini,,,, sambil memancing sambil bersantai,,,, pada sesiapa yang berminat nak pergi boleh tgk laman web diorg untuk tempahan,,,,, atau korang ble gak gi terus kat jeti tu utk tempah,,,, sayer aritu pun gi je kat jeti wat tempahan dan terus je gerak ke pulau kapas,,,, jangan takot takde tempat penginapan sbb ada byk tempat penginapan disediakan,,,, paling tak pun bwk je khemah,,,, lg best,,,,


masa ni sayer bagi ikan makan,,,, sbnrnya takot gak ha,,,, asal nye sy nk mkn sambil2 main air,,, alik2 diserbu oleh ikan2 ni,,,, huhu,,, mulanya takot sbb byk glr,,,, tapi makin lama makin best,,,,

ni diaaaaa,,,, mcm sayer ni lah pertama kali sayer gi turtle sanctuary,,,, mmg tak penah pegi,,,, tp takle pegang,,,, kebetulan ms sayer pegi tu anak2 turtle baru je menetas and turtle yang dah matang telah pun di hantar ke laut,,,, best and cute giler la,,,



pergh penat da jln kaki,,, konon2 nk mengelilingi pulau tu,,, haha,,, pancit giler jadinyer,,, tak cukup nafas


agak2 da penat jln tu berehat lah dan bersantai atau tido je mcm kami ni,,, huhu,,,,


 bila malam plak suasana jd tenang je,,,, waktu ni air surut sket,,,, tapi yang best nye plak agin dia sejuk jer,,,, malam ni ada la orang duk kumpul wat aktiviti sendiri mcm main gitar la,,,, nyanyi dondang syg la,,,, ada yang men snooker la,,,, ada kat bar la,,,, dan mcm2 la lg diorg wat,,,, mcm sayer plak aktiviti plg best wktu ni ialah tido sbb kepenatan,,,, siang gi keliling pulau jln kaki sape suruh,,, hahaha,,, padan muka sendiri

Selasa, 24 Mei 2011

hantaran adikku syakir dan norfazlinda

kepada semua ni adalah hantaran perkahwinan adikku,,,, so boleh lah tengok,,,, bagi saya hantaran  yang adik sayer gubah sendiri ni memang cantek dan ada class tersendiri,,,, kreatif gak diorang ni,,,, so boleh lah kalo rasa nak ciplak sket ke idea mereka,,,,, hehe








budget majlis bertunang

Majlis pertunangan walaupun kecil, kita masih perlukan perancangan yg teliti agar semuanya berlangsung dgn lancar dan tiada yg tertinggal. 

Di antara checklist yg leh digunakan: 
1. Barang hantaran pertunangan (boleh dibeli & siapkan seawal 1-2 bln sebelum majlis) - berapa bilangan dan budget diperuntukkan 
2. Persiapan jamuan (rancang 1-2 bln awal samada nak masak @ catering)- jumlah jemputan perempuan dan tetamu dari pihak lelaki 
3. Hari, Tarikh dan masa - masa bersiap utk diri (mekap dan pakai baju), masa memasak/catering sampai, masa tetamu dr pihak lelaki sampai, masa majlis berlangsung, masa jamuan 
4. Persiapan Diri Sendiri (selewatnya 1 bulan awal) - mekap (mekap sendiri/kawan/mak andam), baju (tempah/sewa/pinjam) 
5. Hadiah tetamu - jika perlu 
6. Isi kandungan perbincangan - jika perlu ambil tahu pasal tarikh nikah, wang hantaran, barang hantaran dll melainkan jika ibu bapa tak benarkan ambil tahu pasal nih 

* Budget: bergantung kepada kemampuan anda. 
1. mekap - RM 0 - RM 300 
2. baju tempah - RM 200+RM200 (kain & upah) 
3. baju sewa - RM 50 - RM 150 
4. baju pinjam - free 
5. cincin risik & @ tunang - RM 100 - RM 1000 
6. jamuan - catering - @4.50/head - RM 18.00/head 
7. masak sendiri - lauk kering dan lauk basah 
8. transportation - jika jauh 
9. hantaran - sirih junjung/tepak, buah2an, sepersalinan, kuih muih - RM 200 - RM 2000 


Diharap serba sedikit dapat membantu


sumber: http://www.pengantin.com.my

baby masa untuk sendawa

setiap kali lepas menyusu tak kira lah nyusu badan atau pun nyusu botol,,,, baby anda perlu sendawa untuk mengeluarkan angin,,,, ini bagi mengelakkan mereka dari muntah,,,, so ble la tengok2,,,, slamat mencuba

Family Day

FAMILY DAY

salah satu kenangan kita yang kita akan ingat ialah family day,,,,masa family day dolu2 ni best btl,,,, terkenang sayer masa blom kawen dl,,,, huhu,,,, tiap kali family day terjadi saya ngan kenkawan la plg syok skali,,,, gelak bagai tak hengat,,, ditambah lagi ngan ketidaksiuman masing2 yang terlibat dlm family day tu,,,, hahaha,,,, sometimes happening glr2,,,, mmg la kan family day slalu la kita involve tp tiap2 kl family day tak semestinya aktiviti yang sama2 (even mmg slalu tu jela permainannya),,,, tp suasana n org sekeliling kita la berbeza,,, hahaha,,,,,


tarik tali contoh lah salah satu game yang common,,,, tapi mmg best,,,, hahaha,,,, kadang tu org yang mana kurus2 mesti duk dpn,,,, tp kebanyakan yang sayer tgk la kan mesti yang kurus2 ni bdn smpi terangkat- angkat kdg tu mcm tak payah ada pun takpe,,,, hahaha,,,,, tapi yelah dek sebab seronok nye psl blasah je la,,,,, 


lagi satu,,,, belon ngan family day ni pun slh satu game yang tak ble la kalo tak di anjurkan,,,, hahaha,,, kepit kak,,, kepiiiit,,,,


saat yang paling best skali kalo kita dinobatkan sbg pemenang,,,, ahahaha,,,, mcm menang kereta je padahal juz dpt hamper bese je tp ntah la kan,,, nape sonok sgt pun tak tahu,,,, hahaha,,, mcm org glr jd nyer,,,,


ni lagi satu,,,, agak2 kalo takde family day kan,,,, korang nak tak mkn tepi longkang  mcm ni,,,, hahaha,,,,, 


by the way,,,, family day ni salah satu la benda yang jd kenangan yang kita akn ingat sampai bila2,,,, kdg tu bila jumpa blk ngan mmbr lama2,,, mesti lah korang akan citer psl kenangan family day dolu2....

Mommy's Nose is Scary!

hahahahahaha,,,, very superb cute

cute lil baby

gubahan duit hantaran

kat bawah ni ada la sedikit ilustrasi dimana duit RM1 digubah menjadi bunga ros,,,, rasanye la kan,,,, kalo korang tahu cara nak wat bunga ros tu mesti korang da ble nak bayangkan mcm mana nak gubah menjadi hantaran yang lbh menarik,,,, kreatif la sket,,, tunjuk la bakat yang terpendam tu,,, hehe,,,, hantaran ni kalo wat sendiri ada la sket org kata sentimental value,,,, cewah,,,,, ok by the way,, enjoyyyyy,,,,

Bertunang? Apa nak bagi?

Hantaran
Senaraikan berapa hantaran yang nak di beri dan di terima..dan apa barang-barangnya...
untuk bertunang nie, tak perlulah habiskan duit sangat dengan membeli barang-barang mahal..membazir..kahwin nanti nak bagi lagi...tapi, ada juga yang bagi sekali je masa tunang...kebanyakan orang, bagi banyak barang makanan je masa tunang...macam kami aritu, 7 berbalas 9..barang yang di beri kebanyakan barang yang perlu digunakan untuk majlis nikah nanti...takde lah membazir sangatkan.. :)

Barang yang di beri oleh pihak perempuan :
- sireh junjung
- buah-buahan
- coklat
- songkok dan butang baju melayu
- tuala mandi
- set mandian
- kain nikah
- kemeja
- kek

Barang yang diberi oleh pihak lelaki
- sireh junjung
- coklat
- buah-buahan
- telekung
- set mandian
- kain nikah
- kek

Dah dapat list nie, belilah sikit-sikit..macam kami, bulan 12 kami dah start beli barang..

Catering dan khemah
Biasanya, ada yang masak sendiri sebab tak ramai tetamu kan..jangan lupa ye pikir nak masak untuk berapa orang...tunang biasanya tak ramai orang datang..1 khemah sudah mencukupi..dan masak untuk kurang dari 200 tetamu...dah kira okie...pernah mensearching di Mr.Google..
Mini pelamin
hurmm...Actually, benda nie agak mebazir la sebenarnya..tapi cuba buat sendiri je...takde lah membazir sangat..

Make up
Nie penting juga..mestilah nak nampak cantikkan..?tapi, kalau anda boleh jadi macam nad ( bride to be stories), memang hebat..dia makeup sendiri..dan tidak perlukan khidmat tukang makeup yang hebat-hebat...yet, u still look so beautiful... :)

Doorgift
Yang nie, ada yang bagi...ada yang tak bagi...tapi, ini pun tak perlu beli banyak-banyak..

Deko Hantaran
kalau anda rasa anda kreatif...buat je sendiri...tapi, kalau tak kreatif pun..buat je sendiri...Mr.Google ada..memang sangat menolong...tiru aja..tukar sikit-sikit... :)
kalau nak upah orang buatkan hantaran...mahal tue...biasanya, 1 hantaran = RM30..kalau 9 hantaran dah Rm270..itu mungkin yang biasa-biasa je..

Baju bertunang
kalau suka simpan baju kurung banyak-banyak..tempah..kalau tak suka, sewa je..dan, cuba pikirkan fesyen supaya baju itu boleh dipakai semula..dan, kalau tempah baju...tak perlu hantar di kedai mahal-mahal sangat...membazir juga...sangat membazir...


sumber: http://kireecasio.blogspot.com