Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira.
Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami masalah loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan.
Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon ini, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit.
Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Namun muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja.
Pada kebiasaannya ia akan reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya. Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya.
Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.
Terdapat juga simptom-simptom lain:
keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung terasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumahtangga sendiri tanpa bantuan suami atau pembantu rumah. ( Anda boleh mendapatkan STAMINEX - untuk memberikan tenaga sepanjang hari walaupun anda dalam keadaan sibuk)
sumber: www.mengandung.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan