garden depan umah huhu

garden depan umah huhu

Isnin, 23 Mei 2011

masa menguruuuuuut

 Sebelum lahir, bayi begitu selesa di dalam rahim ibu di mana suhu dikawal rapi dan makanan senang didapati dan senantiasa ada. Degupan jantung ibu pula memberi ketenangan kepada bayi untuk membesar dengan sempurna. Peristiwa kelahiran memberi beribu sensasi baru kepada bayi dan memaksa bayi menyesuaikan diri dengan pelbagai cara.Sentuhan kasih daripada ibu bapa merupakan cara yang baik untuk membantu bayi menyesuaikan diri ke dunia di luar rahim ibu.
Kepentingan urutan bayi untuk bayi dan ibu bapa
Urutan bayi menyempurnakan dan memperbaiki perkembangan fizikal and psikososial bayi. Faedah fizikal termasuklah kelegaan dari symptom kembung perut, ketidakselesaan gusi dengan pertumbuhan gigi, sembelit dan masalah tidak dapat tidur pada masa tertentu. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan