mesti ramai para ibu diluar sana yang berdebar menantkan kehadiran si comel yang bakal mewarnai hidup berkeluarga,,, tetapi ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana kaedah untuk bersalin normal,,,, seperti saya juga sebelum melahirkan anak saya yang pertama,,, saya juga telah bertanya pada ramai orang bagaimana untuk menghadapi saat-saat mencemaskan itu,,, ramai pula yang berkata seperti meneran sembelit,,,, bagi orang yang tak pernah kene sembelit bagaimana pula nak meneran,,, selepas saya sendiri yang merasa,,, rupanya memang tak sama,,, saya dapat tips ini daripada pengalaman saya melahirkan bayi saya yang pertama,,, jadi ingin lah saya kongsi kan bersama bakal-bakal ibu tidak kira lah yang mahu bersalin anak yang ke berapa pun,,, hehehe,,,
1: Baring sambil tangan memegang kedua belah buku lali kaki.
2: Angkat badan sedikit sehingga dagu mencecah dada.
3: tarik nafas dalam-dalam dan teran ( semasa meneran kita hanya perlu mencuri sedikit nafas sahaja dan sambung meneran kembali)
4: proses melahirkan bayi adalah satu proses yang menyakitkan,,,, jika anda takut untuk merasakan kesakitan semasa proses ini, anda boleh meminta epidural yang mana anda tidak akan merasa sakit,,, tetapi ianya tidak digalakkan oleh kebanyakan doktor,,,,,
5: banyakkan beringat kepada allah,,,, semoga dipermudahkan proses bersalin,,,,
6: minta suami atau ibu anda membantu anda ketika proses bersalin,,,,
7: INGAT!!!! jangan angkat punggung anda,,, tapi tolak ia terus kebawah,,,
anda boleh melakukannya!!!! selamat mencuba
ps: curi nafas tu macam kita curi nafas ketika menyanyi,,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan